Sunday, June 5, 2011

Kenapa manusia tersedu???

Kenapa kita tersedu? 

Fenomena “tersedu” dihadapi oleh semua orang. Gejala ini berlaku apabila pengecutan otot diafragma (contraction of diaphragm) berulang-ulang kali selama beberapa minit disebabkan beberapa factor.

Apabila anda menarik nafas, diafragma  tertarik ke bawah untuk membantu menarik udara masuk ke dalam paru-paru. Apabila kita menghembuskan nafas, diafragma menolak udara keluar daripada paru-paru.

Tetapi, ada ketikanya diafragma  menjadi terganggu dan apabila ini berlaku, ia membuat pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan yang tersentap. 

Akibatnya, kita  menelan udara ke dalam kerongkong secara mengejut. Apabila udara yang berebut-rebut masuk itu melanggar kotak suara anda, maka terhasillah bunyi hik, hik.

Alasan di sebalik kejadian sedu membingungkan kalangan saintis sejak beratus-ratus tahun lampau kerana ia tidak mendatangkan faedah berguna kepada manusia. 

Imbasan ultrasound turut membuktikan bahawa bayi dua bulan di dalam kandungan juga tersedu, sekalipun sebelum munculnya sebarang pergerakan pernafasan. 

Teorinya, pengecutan menyediakan otot-otot respiratori bayi belum lahir untuk bernafas selepas dilahirkan. 

Pengkaji yang diketuai oleh Christian Straus dari sebuah Hospital di Paris mengesyaki tabiat tersedu membantu mamalia belajar menyusu kerana siri pergerakan semasa menyusu mirip tersedu dengan glotis tertutup rapat bagi mengelakkan susu memasuki paru-paru.

Sedu boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai punca seperti menelan terlalu banyak udara, makan secara lahap, berasa bimbang atau teruja, merokok dan mengambil alkohol secara berlebihan. 

Mujurlah ia lazimnya berakhir dalam masa beberapa minit sahaja.

Selalunya gejala “tersedu” yang biasa dihadapi ini dibiarkan sahaja tanpa apa-apa rawatan. 

Namun demikian, sekiranya gejala tersedu  ini dihadapi untuk jangka masa yang lama dan berterusan selama beberapa minggu atau bulan (chronic hiccup), penyakit ini perlu dirawat.

Antara faktor-faktor tersebut :

1.Penyakit saraf yang diwarisi
2.Kecederaan pada  saraf phrenic dan vagus
3.Toxic atau penyakit metabolic yang merosakkan saraf
4.Tahap gula yang tinggi dalam darah (hyperglycemia)
5.Selepas mengambil minuman bergas, alcohol, roti kering malah makanan yang pedas
6.Gelak yang berterusan
7.Makan terlalu cepat
8.Ubat chemotherapy
9.Paru-paru berair (pleural effusion)
10.Kesan sampingan ubat

Antara kaedah untuk menghilangkan sedu adalah dengan cara menahan nafas dan mengira perlahan-lahan sehingga angka 10, segera minum segelas air atau makan sesudu teh gula atau madu.

Wallahu’alam.. =))

14 comments:

  1. betul ke benda ni berkesan????

    ReplyDelete
  2. Fuyoo..tgh cube berkesanla..tarik nafas kira sampi 10..minum air cpt2

    ReplyDelete
  3. yelah agreed....sy pun dah cube menjadi...

    ReplyDelete
  4. saya menghadapi masalah sedu, bukan berakhir beberapa minit.. tetapi berlarutan beberapa jam.. jika dimuntahkan, baru boleh berhenti sedu saya & rasa lega sedikit D:

    ReplyDelete
  5. eh betul la tahan nafas sampai 10 tu gembiranya

    ReplyDelete
  6. Betul lah tahan nafas n kira smpai 10 slow2. Tk minum air pun, berhenti jugak. Suka suka. Hahaha terima kasih utk info

    ReplyDelete
  7. Saya pun selalu sedu... Org kata if sedu bererti nk membesar...tapi dh dewasa ni nk membesar apa lagi.. Huhu..
    Alhamdulillah setakat ni mmg ikut petua yg tahan nafas n minum air.. Tapi kdg2 jd risau juga kenapa kita asyik alaminya... Seduu oh seduu

    ReplyDelete
  8. Ya.. syukurlah.. sy pun.. just tarik nafas ja.. uhu

    ReplyDelete
  9. Ya.. syukurlah.. sy pun.. just tarik nafas ja.. uhu

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah ikut cara tahan nafas sedu sy dh brhnti. tq for sharing

    ReplyDelete
  11. Minum air segalas pun hilang sedu. Hehe

    ReplyDelete
  12. Minum air segalas pun hilang sedu. Hehe

    ReplyDelete
  13. Sebelum sy kaji , mmg sy klu tersedu tahan nafas bbrpa saat dlm 8 saat cmtu.. skali bile baca article ni eh mmg betul.. skrg ni pun baru je lpas trsedu.. bile tahan nafas 8-10 saat, trus hilang.. heehe

    ReplyDelete
  14. Saya sedu selama 2-3 hari entah kenapa puncanya. Saya dah mencuba kaedah diatas namumn ia tidam berhasil.

    ReplyDelete